bismillahirrahmanirrahim
Keluarga adalah asas komuniti dalam kehidupan bermasyarakat. Kejayaan seseorang dalam hidup bermasyarakat adalah bergantung kepada kebahagiaannya dan kejayaannya dalam kehidupan berkeluarga. Ini kerana corak komunikasi manusia adalah bermula dari komunikasinya terhadap ibu bapa mereka ketika mula - mula dilahirkan di dunia.. Kegagalan membentuk peribadi seseorang dari peringkat keluarga akan membawa kepada kesulitannya menempuh kehidupan bermasyarakat nanti. Sebagai buktinya, tidak sedikit dikalangan kita yang didapati menghadapi masalah dalam kehidupan bermasyarakat dan komunikasi yang baik sesama manusia adalah berpunca dari latar belakang keluarga yang sukar(iaitu yang mempunyai masalah yang pelbagai). Namun bukanlah bermaksud bahawa kesukaran itu adalah penghalang untuknya mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Kerana di akhir rencana ini pembaca akan dapati ada jalan mudah yang boleh menyelesaikan kemelut tersebut
Rencana ini menekankan betapa pentingnya mencari kebahagiaan dan kepuasan dalam hidup berkeluarga. Kebahagiaan ini merangkumi hubungan yang teguh antara suami isteri, cinta antara ibubapa dan anak2, saling hormat menghormati, rindu sesama saudara, gurau senda yang mesra sesama keluarga, tanggungjawab saudara tua kepada yang muda, taat setia, saling mendoakan, satu hati tanpa rasa iri hati, cemburu dan dengki yang mana natijahnya melahirkan perasaan cinta yang amat mendalam terhadap keluarga sendiri..dan kebahagiaan inilah yang diharapkan oleh setiap insan kerana kebaikannya amatlah banyak lebih lebih lagi dapat melahirkan sifat manusia yang murni dalam hati setiap ahli keluarga.
Kebahagiaan berkeluarga ini sebenarnya akan berkembang ke dalam masyarakat jika dipupuk dengan sempurna..bayangkan betapa indahnya hidup apabila kasih sayang disemai dalam hubungan antara mertua dan menantu, sesama ipar duai, saudara jauh, sahabat handai di sekolah dan tempat kerja, antara majikan dan pekerja, guru dan murid, seterusnya pemimpin dan rakyat..Perasaan puas dibaluti syukur dan redha pasti membuatkan hati lebih tunduk dan tawadhuk menikmati sifat Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Tidak kira sesiapa pun kita adalah berkeupayaan membentuk diri yang dikasihi orang lain, dirindui seterusnya dikenang sebagai seorang pengasih dan penyayang..Hatta musuh pun akan cair hatinya berhadapan dengan diri kita nanti kerana stiap insan pasti dianugerah dengan perasaan kasih sayang melebihi sifat benci dan amarah...
panjang dah penerangan ni..adapun langkah mudah kearah semua ini hanyalah dengan menyayangi, menghormati, merindui, mengasihi, mengambil berat, dan memuliakan kedua ibubapa sendiri dengan sesungguh - sungguhnya..pedulikan sifat - sifat yang tidak disenangi ada dalam kedua ibubapa kita. sebaliknya layan mereka sebaiknya kerana Allah taala sahaja..biarkan sahaja bisikan hati yang selalu mengeluh untuk melakukannya kerana tuhan takkan mensiakan usaha murni kita..bagi yang sudah kehilangannya, curahkan semua itu kepada yang masih ada...kerana Allah...nak cerita kebaikan menghormati ibubapa carilah kitab kat library....mudahkan....
Selasa, Ogos 25, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)