Rabu, Mei 13, 2009

MENCARI KESEMPURNAAN AGAMA

Bismillahirrahmanirrahim

Kesempurnaa agama adalah jalan kejayaan bagi kehidupan di dunia dan di akhirat. Bukanlah kejayaan didunia ini hanya dilihat pada kemewahan material, kekuasaan dan kerjaya tetapi perlu diingat bahawa ia juga merangkumi soal kesiahatan mental dan fizikal, kemasyarakatan, ilmu pendidikan, keharmonian emosi dan jiwa, kerukunan dalam hidup berumahtangga, membesarkan anak - anak, dan sebagainya. Selain itu, kehidupan yang aman juga adalah menentukan kebahagiaan dalam hidup seharian. Apalah gunanya harta dan kuasa jika hidup dikejar hutang, ancaman orang - orang yang memusuhi kita, penyakit yang sukar diubat, masalah di tempat kerja dan pelbagai lagi yang akhirnya memerangkap kita dalam penjara yang penuh derita.

Agama adalah asas bagi melerai kemelut - kemelut berkenaan. Dan bukan lah bermakna apabila sempurna agama maka terlepas lah dari kemelut berkenaan. Tetapi bagi orang yang berusaha mencapai kesempurnaan agama akan dapat memandu dirinya ke arah penyelesaian yang mudah, murah, jimat dan berkesan ke atas kemelut - kemelut berkenaan.

Sekali imbas adalah sukar menjadi orang yang sempurna agama dari aspek pengetahuan, amalan dan keimanannya. Ini kerana pelbagai usaha perlu dilakukan seperti mendalami ilmu agama yang mendalam dan luas, amalan ibadah khusus yang pelbagai dan berterusan, penjagaan akhlak dan hati yang rumit dan sebagainya. atas sebab itu maka kita dapati hanya segelintir sahaja yang mampu mencapai taraf ulama, wali atau ustaz dan ustazah. Jadi, apakah mereka yang bukan ulama, wali atau ustaz dan imam tidak mampu mencapai kesempurnaan agama?

Jawapannya boleh dan ia adalah mudah dan tidak menyusahkan. Mulakan tiga perkara ini mengikut kemampuan dan berdoa agar dapat meneruskannya sehingga akhir hayat. selepas itu bandingkan kesan dan perbezaannya. antara yang perlu diamalakan ialah

1) Solat Tahajud dua rakaat setiap malam
2) Hadir ke surau dan masjid menunaikan solat berjemaah setiap waktu
3) Membaca/belajar Alquran dari muka surat pertama sehingga akhir dan diulangi selalu. Sehari baca lah seberapa banyak yang termampu.

Insya Allah agama dapat tumbuh dengan baik dalam diri kita. Mudah Kan?