Selasa, Ogos 25, 2009

RUMAHKU SYURGAKU

bismillahirrahmanirrahim

Keluarga adalah asas komuniti dalam kehidupan bermasyarakat. Kejayaan seseorang dalam hidup bermasyarakat adalah bergantung kepada kebahagiaannya dan kejayaannya dalam kehidupan berkeluarga. Ini kerana corak komunikasi manusia adalah bermula dari komunikasinya terhadap ibu bapa mereka ketika mula - mula dilahirkan di dunia.. Kegagalan membentuk peribadi seseorang dari peringkat keluarga akan membawa kepada kesulitannya menempuh kehidupan bermasyarakat nanti. Sebagai buktinya, tidak sedikit dikalangan kita yang didapati menghadapi masalah dalam kehidupan bermasyarakat dan komunikasi yang baik sesama manusia adalah berpunca dari latar belakang keluarga yang sukar(iaitu yang mempunyai masalah yang pelbagai). Namun bukanlah bermaksud bahawa kesukaran itu adalah penghalang untuknya mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Kerana di akhir rencana ini pembaca akan dapati ada jalan mudah yang boleh menyelesaikan kemelut tersebut

Rencana ini menekankan betapa pentingnya mencari kebahagiaan dan kepuasan dalam hidup berkeluarga. Kebahagiaan ini merangkumi hubungan yang teguh antara suami isteri, cinta antara ibubapa dan anak2, saling hormat menghormati, rindu sesama saudara, gurau senda yang mesra sesama keluarga, tanggungjawab saudara tua kepada yang muda, taat setia, saling mendoakan, satu hati tanpa rasa iri hati, cemburu dan dengki yang mana natijahnya melahirkan perasaan cinta yang amat mendalam terhadap keluarga sendiri..dan kebahagiaan inilah yang diharapkan oleh setiap insan kerana kebaikannya amatlah banyak lebih lebih lagi dapat melahirkan sifat manusia yang murni dalam hati setiap ahli keluarga.

Kebahagiaan berkeluarga ini sebenarnya akan berkembang ke dalam masyarakat jika dipupuk dengan sempurna..bayangkan betapa indahnya hidup apabila kasih sayang disemai dalam hubungan antara mertua dan menantu, sesama ipar duai, saudara jauh, sahabat handai di sekolah dan tempat kerja, antara majikan dan pekerja, guru dan murid, seterusnya pemimpin dan rakyat..Perasaan puas dibaluti syukur dan redha pasti membuatkan hati lebih tunduk dan tawadhuk menikmati sifat Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Tidak kira sesiapa pun kita adalah berkeupayaan membentuk diri yang dikasihi orang lain, dirindui seterusnya dikenang sebagai seorang pengasih dan penyayang..Hatta musuh pun akan cair hatinya berhadapan dengan diri kita nanti kerana stiap insan pasti dianugerah dengan perasaan kasih sayang melebihi sifat benci dan amarah...

panjang dah penerangan ni..adapun langkah mudah kearah semua ini hanyalah dengan menyayangi, menghormati, merindui, mengasihi, mengambil berat, dan memuliakan kedua ibubapa sendiri dengan sesungguh - sungguhnya..pedulikan sifat - sifat yang tidak disenangi ada dalam kedua ibubapa kita. sebaliknya layan mereka sebaiknya kerana Allah taala sahaja..biarkan sahaja bisikan hati yang selalu mengeluh untuk melakukannya kerana tuhan takkan mensiakan usaha murni kita..bagi yang sudah kehilangannya, curahkan semua itu kepada yang masih ada...kerana Allah...nak cerita kebaikan menghormati ibubapa carilah kitab kat library....mudahkan....

Rabu, Mei 13, 2009

MENCARI KESEMPURNAAN AGAMA

Bismillahirrahmanirrahim

Kesempurnaa agama adalah jalan kejayaan bagi kehidupan di dunia dan di akhirat. Bukanlah kejayaan didunia ini hanya dilihat pada kemewahan material, kekuasaan dan kerjaya tetapi perlu diingat bahawa ia juga merangkumi soal kesiahatan mental dan fizikal, kemasyarakatan, ilmu pendidikan, keharmonian emosi dan jiwa, kerukunan dalam hidup berumahtangga, membesarkan anak - anak, dan sebagainya. Selain itu, kehidupan yang aman juga adalah menentukan kebahagiaan dalam hidup seharian. Apalah gunanya harta dan kuasa jika hidup dikejar hutang, ancaman orang - orang yang memusuhi kita, penyakit yang sukar diubat, masalah di tempat kerja dan pelbagai lagi yang akhirnya memerangkap kita dalam penjara yang penuh derita.

Agama adalah asas bagi melerai kemelut - kemelut berkenaan. Dan bukan lah bermakna apabila sempurna agama maka terlepas lah dari kemelut berkenaan. Tetapi bagi orang yang berusaha mencapai kesempurnaan agama akan dapat memandu dirinya ke arah penyelesaian yang mudah, murah, jimat dan berkesan ke atas kemelut - kemelut berkenaan.

Sekali imbas adalah sukar menjadi orang yang sempurna agama dari aspek pengetahuan, amalan dan keimanannya. Ini kerana pelbagai usaha perlu dilakukan seperti mendalami ilmu agama yang mendalam dan luas, amalan ibadah khusus yang pelbagai dan berterusan, penjagaan akhlak dan hati yang rumit dan sebagainya. atas sebab itu maka kita dapati hanya segelintir sahaja yang mampu mencapai taraf ulama, wali atau ustaz dan ustazah. Jadi, apakah mereka yang bukan ulama, wali atau ustaz dan imam tidak mampu mencapai kesempurnaan agama?

Jawapannya boleh dan ia adalah mudah dan tidak menyusahkan. Mulakan tiga perkara ini mengikut kemampuan dan berdoa agar dapat meneruskannya sehingga akhir hayat. selepas itu bandingkan kesan dan perbezaannya. antara yang perlu diamalakan ialah

1) Solat Tahajud dua rakaat setiap malam
2) Hadir ke surau dan masjid menunaikan solat berjemaah setiap waktu
3) Membaca/belajar Alquran dari muka surat pertama sehingga akhir dan diulangi selalu. Sehari baca lah seberapa banyak yang termampu.

Insya Allah agama dapat tumbuh dengan baik dalam diri kita. Mudah Kan?

Rabu, April 29, 2009

KERJA YANG MEMENATKAN

Assalamualaikum

Dalam mana - mana pekerjaan pun, beban kerja pasti terasa berat apabila tiba pada masanya. Pengurusan yang tidak cekap dari aspek masa dan keutamaan kerja boleh menghasilkan mutu kerja yang rendah yang memberi kesan negatif kepada keseluruhan jabatan. Hal ini amatlah tidak digemari oleh kebanyakan orang samada dari kumpulan tertinggi mahupun kumpulan kerja peringkat dasar. Oleh hal demikian, pengetahuan yang tinggi amatlah penting untuk dimiliki yang dicedok dari pengalaman dari orang lain dan latihan yang dilakukan setiap hari.

Pengurusan yang cekap dalam aspek masa dan keutamaan kerja membolehkan aturan masa harian samada di pejabat, di rumah dan di luar dapat disusun dengan lebih jimat dan berkualiti. Kerja yang banyak menjadi sedikit malah masih ada lagi balance masa, kos dan tenaga yang ada untuk menerima beban kerja yang datang secara mengejut dan tidak disangka.

Apa yang penting, bersikaplah secara positif dan tenang, bersemangat meningkatkan pengetahuan dalam ilmu kecekapan pengurusan kerja dan memiliki emosi yang baik.

Selasa, April 28, 2009

MEREDHAI ISTERI, KUNCI KEBAHAGIAAN

Assalamualaikum

Tidak dinafikan dalam hidup berumah tangga, kita akan berhadapan dengan situasi - situasi yang boleh mengeruhkan hubungan suami isteri. Bagi kebanyakan orang, konflik tersebut terlalu kerap dilalui sehingga masyarakat kita memanggilnya sebagai asam garam rumahtangga seolah - olah ia adalah kemestian yang mesti dihadapi. Andai tiada atau kurangnya konflik seolah - olah kuranglah ' asam garam' tersebut dan bolehlah disimpulkan kehidupan seperti itu tidaklah sesedap rasanya berbanding rumahtangga orang lain.

Pernah di zaman Saidina Umar AlKhattab, seorang lelaki mahu berjumpa beliau mengajukan masalah isterinya yang suka berleter dan menimbulkan konflik. Apabila sampai di rumah Saidina Umar, beliau mendapati Saidina umar sendiri sedang dimarah dan dileteri oleh isterinya. Maka beliau berhasrat membatalkan aduannya lalu melangkah balik. Namun saidina Umar yang menyedari kehadirannya lalu memanggil beliau dan bertanyakan tujuannya datang. Lelaki itu pun menyatakan tujuan kehadirannya tetapi membatalkan hasrat tersebut kerana mendapati saidina Umar sendiri pun mengalami nasib sama sepertinya. Maka saidina Umar pun memberitahunya bahawa sebagai suami perlulah Redha dengan situasi tersebut kerana seorang isteri telah banyak bersusah payah menjaga makan minum dan urusan harian peribadi kita.

Khamis, April 16, 2009

BERSANGKALAH DENGAN KEBAIKAN

bismillahirrahmanirrahim

Seringkali apabila berhadapan dengan musibah, ujian, kesusahan dan kegagalan, ramai di kalangan kita akan tersungkur jatuh lalu sukar untuk bangkit kembali. Terasa sungguh berat beban yang terpikul di bahu dan yang melihat hanya mampu berdoa supaya kesusahan itu diringankan oleh Tuhan yang menjadikannya.

Tapi ada pula insan lain yang kelihatannya tidak merasa apa - apa apabila musibah dan ujian seperti itu ditimpakannya ke atas mereka. terdetik di hati kita adakah mereka itu tidak punya rasa dan perasaan seperti orang lain. Atau mungkin mereka bukan manusia biasa jika bersikap bersahaja apabila berhadapan dengan kematian saudara sendiri.

Apabila ditanya jawapan mereka ialah bersangka baik dengan apa yang berlaku, redha dan sabar selalu.

...kata - kata itu sebenarnya sesiapa sahaja boleh ungkapkan. Namun untuk melakukannya adakah semudah dikata??

Apakah sedemikian rupa sangka baik yang perlu diamalkan...adakah benar itu satu cara hidup yang mudah..jika benar pun adakah berakhir tanpa susah?