Lahirmu hadiah dari Illahi
kan dikendong seusia dunia ku
penyejuk mata selamanya
tiada lagi sunyiku
bila malam kau menangis
minta ku bacakan isi AlQuran
juga selawat yang dilagukan
tiada lagi malasku
bila kau tidak mahu tidur
minta dibelai manja
gurau senda penuh tawa
tiada lagi lekaku
bila kau demam panas
minta ku carikan penawar
meredah hujan di tengah pekan
Isnin, Jun 16, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Benar, tanggungjawab seorang ayah cukup payah dan perit tetapi dalam masa yang sama menatap wajah dan tawa anak, hilang segala kepayahan itu.
Saya senang sekali dengan puisi ini.
Catat Ulasan