Khamis, Jun 05, 2008

Selamatkan pekan ini

Pekan ini diselubungi mendung dari langit Barat
Gerimis yang lembut bersama angin nyaman
Membasahi anak - anakku yang bertatih ke sekolah
Tanpa payung yang melindungi

Pekan ini yang dutumpahi darah merah
Telah suram oleh hitam mendung itu
Memuntahkan batu – batu panas yang tidak terlihat
Membakar disebalik jasad anak – anakku

Tiada lagi angin Timur yang dahulunya berhembus
Bersama laungan Illahi sebagai halwa telinga
Perisai kukuh yang memenjara nafsu ammarah

Tiada lagi panas mentari yang membahang dari Timur
membawa kehausan Ramadhan
Membentuk perilaku Husnul Khatimah

Tiada lagi bicara Illahi yang ditutur
Pemanis mulut yang memutihkan gigi
Sebagai risalah nasihat Toyyibah

Selamatkan pekan ini
Dirikan tembok penghadang di Barat
Dari tinta ilmu dan tahkta
Payungkan anak yang bertatih ke sekolah
Dengan AlQuran yang dijunjung di kepala
Siramkan mereka dengan air hujan dari Timur

2 ulasan:

A. Jazmin berkata...

Encik Shaharudin,

Ada satu jenis seni penulisan puisi Jepun --- kalau boleh dinamakan begitu, saya menemuinya di

http://halela.blogspot.com/

Saya tidak begitu berminat dengan puisinya, tapi saya berminat dengan kehidupan penulis blog di atas yang mempunyai latar belakang Malaysia dan Singapura. Saya telah mengikutinya sejak dua tahun lalu.

Cubalah baca blog di atas. Semoga bertemu sesuatu yang boleh dijadikan panduan.

aminahjazilahabubakar

A. Jazmin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.