Jumaat, Jun 13, 2008

aku

aku ada pendirian
aku ada cita-cita dan impian
aku ada pilihan tersendiri

biarlah aku tentukan hidupku
biarlah aku corakkan wawasanku
biarlah aku aturkan diari harian

aku pilih dari keputusan hatiku
aku fikir dari keputusan akalku
aku melangkah dari keputusan perasaanku

mengapa orang lain menyisihku
mengapa orang lain mengherdikku
mengapa orang lain memulauku

aku egokah
aku gilakah
aku pelikkah

peduli apa aku

2 ulasan:

A. Jazmin berkata...

Waaah!

En. Shaharudin!

Sudah banyak belajar ya?
Tahap penulisan puisi Encik nampaknya sudah naik setakuk lagi, he he (macamlah saya layak memberikan komen seperti ini - saya mana tahu hal puisi)

Kali ini barulah best!

Luahkan sahaja ... dengan bahasa yang indah, tersusun, halus tapi tajam.

aminahjazilahabubakar

Tanpa Nama berkata...

- salam en. shahar.
puisi ini adalah long version for "ikut hati mati, ikut rasa binasa" anyway, congratz en.shahar cipta puisi ini..kdg2 rs mcm t'kna btg idung s'diri..

afni