tiada yang mendukacitakan dalam laluan ini
kerana tiada kegagalan yang diwarnakan
oleh sahabat sejati yang memahami
.
.
tanpanya umpama dunia penuh liku
berduri dengan kaki yang tidak berkasut
danau yang amat menakutkan
.
.
tanpanya umpama dunia tiada bicara
bisu dari informasi disekeliling
yang memenjara segala persoalan
.
.
sahabat sejati itu adalah sesiapa
yang pokoknya dalam diri sendiri
sebagai magnet yang selalu memberi
2 ulasan:
Encik Shaharudin,
Kalaulah saya bisa memahami, sajak/ puisi ini adalah perlambangan kisah manusia yang saling memerlukan.
Namun, dalam menjalani hidup yang baru bermula ini, seringkali kita tersilap langkah dan tersilap kata.
Maka saya memulakan dengan memohon kemaafan dari Encik Shaharudin kalau-kalau saya sering menyakiti perasaan Encik dalam pada berniat untuk menasihati atau menyampaikan pandangan. Dan niat saya hanyalah untuk membantu memberikan pandangan dan tiada niat merendahkan sesiapa. Bahkan saya merasakan diri ini lebih hina dan rendah dari orang lain.
Selamat berjuang, BAA (singkatan yang anda mungkin tahu), walaupun tidak semestinya anda setuju.
aminahjazilahabubakar
Magnet yg selalu memberi tu...hati ke?
Catat Ulasan