dimanakah sinar mentari
tatkala aku merangkak lesu
dalam gelita lembah yang gersang ini
.
.
telah lama hujan tidak turun
tapi aku terus alpa
di sini yang kering kontang
.
.
aku berbicara sendiri
menyebut nama Tuhan
tanpa nafas segar
menadah tanganku
mengharapkan simpatiNya.
Jumaat, Mei 30, 2008
Khamis, Mei 29, 2008
sahabat sejati
tiada yang mendukacitakan dalam laluan ini
kerana tiada kegagalan yang diwarnakan
oleh sahabat sejati yang memahami
.
.
tanpanya umpama dunia penuh liku
berduri dengan kaki yang tidak berkasut
danau yang amat menakutkan
.
.
tanpanya umpama dunia tiada bicara
bisu dari informasi disekeliling
yang memenjara segala persoalan
.
.
sahabat sejati itu adalah sesiapa
yang pokoknya dalam diri sendiri
sebagai magnet yang selalu memberi
Selasa, Mei 27, 2008
kaulah matahari
ibu..
kau umpama matahari
yang menyinari hari - hariku
dalam menyelusuri kehidupan ini
kini
bila kau menghilang pergi
hidupku umpama malam yang gelita
hanya bertemankan malapnya purnama
dan aku
tak mampu untuk tidur lena
kerana manantikan kau menjelma
sinarnya fajar esok
yang hanya akan ku temui
di sana
kau umpama matahari
yang menyinari hari - hariku
dalam menyelusuri kehidupan ini
kini
bila kau menghilang pergi
hidupku umpama malam yang gelita
hanya bertemankan malapnya purnama
dan aku
tak mampu untuk tidur lena
kerana manantikan kau menjelma
sinarnya fajar esok
yang hanya akan ku temui
di sana
Pena Biru
pena biru..
belum tentu dapat kucari
yang ada hanyalah ukiran
kulakar erti perjalanan
belum tentu destinasinya
masih coba kufikirkan
belum tentu dapat kucari
yang ada hanyalah ukiran
kulakar erti perjalanan
belum tentu destinasinya
masih coba kufikirkan
Langgan:
Catatan (Atom)